Monday, January 14, 2008

MANTIZ

Kumpulan MANTIZ sebuah kumpulan yang berasal dari Georgetown, Pulau Pinang.Ditubuhkan pada awal tahun 2005. Anggota kumpulan MANTIZ terdiri dari empat orang anak muda, diawal pembabitan MANTIZ yang membawa genre slow rock dan irama 60'an. Bermula bermain di majlis perkahwinan dimana Pak Din selaku Vokalis, Remy selaku drummer, Mie bassis dan saiful sebagai pemain gitar
utama kumpulan ini. Pada tahun 2006 kumpulan ini telah kehilangan gitaris utama atas sebab-sebab tertentu. Namun MANTIZ tetap meneruskan perjuangan mereka dalam bidang muzik.
diPertengahan tahun 2006 tempat Saiful telah digantikan oleh Tuah sebagai pemain gitar utama dan masih mengekalkan genre yang sama. Februari 2007 ahli MANTIZ telah bertambah menjadi enam orang anggota dengan satu lagi pemain gitar dan vokalis wanita. Genre MANTIZ berubah pula kepada genre pop Rock dan Slow Rock. Pemain gitaris baru iaitu amy dan hajar selaku vokalis. Buat pertama kalinya MANTIZ mencuba nasib dengan menyertai pertandingan rentak juara, yang dianjurkan oleh pihak RTM pada tahun 2008.pada pertandingan tersebut MANTIZ membawakan sebuah lagu medley bertajuk pengemis cinta+kembara kita. Jika ingin menyaksikan persembahan MANTIZ!!!
sila klik link dibawah.